Satu perjalanan tentang ilmu, pengorbanan,
dan harapan yang tidak pernah padam.
“Orang nampak sekarang sebagai nephrologist, interventional nephrologist, lecturer, coordinator, pengasas PRINCE, aktif sana sini. Tapi ramai tak nampak perjalanan di belakang semua itu.”
Saya bermula macam orang lain. Belajar, jatuh, penat, kena marah, kena reject, dan kadang-kadang tertanya — “cukup bagus ke aku ni?”
Tapi satu perkara yang saya pegang dari awal sampai sekarang. Satu prinsip yang tak pernah berubah, tak pernah goyah.
Sebab itu saya sanggup pergi jauh mencari ilmu. Dari hospital kerajaan, universiti, sampai ke luar negara. Duduk dengan orang lebih hebat daripada saya. Tengok cara mereka fikir. Cara mereka pegang wire masa angioplasty. Cara mereka selamatkan access dialysis yang orang lain dah putus asa.
Kadang-kadang orang tanya: “Dah specialist pun masih belajar lagi?”
“Kalau kita berhenti belajar, kita berhenti berkembang. Dan bila doktor berhenti berkembang, pesakit yang rugi.”
Saya minat interventional nephrology sebab bidang ini bukan sekadar prosedur. Ini tentang harapan.
“Fistula yang tersumbat bagi orang lain mungkin cuma salur darah. Tapi bagi pesakit dialysis… itu talian hayat dia.”
Bila mesin dialysis berbunyi sebab flow tak jalan, bila tangan mula bengkak, bila access dah banyak kali gagal — kita bukan cuma repair salur darah.
Kita cuba bagi mereka peluang hidup yang lebih baik.
Sebab itu saya bina PRINCE. Bukan sekadar pusat dialysis. Saya nak bina satu pusat yang ada jiwa.
Saya percaya hospital bukan cuma tempat rawat orang sakit.
Hospital kena jadi tempat lahirkan harapan.
Sebab itu saya masuk masyarakat. Saya percaya doktor bukan sekadar kerja dalam ward.
Saya nak budak kecil faham buah pinggang. Saya nak makcik pakcik kampung faham kenapa kencing berbuih itu penting. Saya nak pesakit dialysis rasa mereka masih ada masa depan.
Doktor kena jadi pendidik. Pemimpin. Pendengar. Kadang-kadang motivator juga.
5,933 pengikut · 18.7K likes · @nephroupm
“Saya bukan doktor sempurna. Saya masih belajar setiap hari.”
Masih ada malam yang penat. Masih ada procedure yang buat tangan berpeluh. Masih ada keputusan yang berat.
“Kalau ilmu itu hanya untuk diri sendiri, ia kecil. Tapi bila ilmu digunakan untuk bantu orang lain… di situlah nilainya sebenar.”
Setiap pesakit berhak mendapat penjelasan yang jelas dan penuh empati. Hubungi kami terus melalui WhatsApp untuk konsultasi awal.
+60 3‑9769 9989 WhatsApp SekarangPRINCE · Pusat Dialisis & Nefrologi
wzhaikal@gmail.com